![]() |
Pembinaan Semula Melampau (versi Ranau) pt 1 (14/01/2010 04:55) |
Sejak ML 2.0 diimplement untuk melawan trend rebuilding, makin susah untuk rebuild. Tetapi kalau train satu season 3 player muda lambat sangat nak membesar sebab team aku da 32 tahun sume playernya. Jadi mari kita lihat apakah kesan ML 2.0 ke atas rebuilding. Adakah ianya sesuatu yang mustahil? Atau sekadar mainan minda ML terhadap pengurus yang tidak berpengalaman.
Keperluan (Requirement) Rebuilding memerlukan resource yang amat tinggi. Sebagai permulaan, anggaplah kita ingin membeli 11 pemain untuk dilatih (yang selebihnya reserve2 semua tu boleh dikutip di kemudian hari). Kita ingin mencari pemain muda sekitar Q72 17yo. Jika anda mampu mencari pemain yang murah, amatlah baik. Sekiranya tidak, anda terpaksa mencari dari teamless player. Anggapan secara purata seorang pemain Q72 berharga 30M. 11pemain x 30M = 330M Selain membeli pemain, anda juga memerlukan kredit untuk bermain 200 friendlies seseason. Jikalau anda bermain sets, anda cuma perlu 100 credits. 15 credits percuma yang diberi pada awal musim bolehlah digunakan untuk training camp dan upgrade stadium anda. Jika anda mempunyai talian broadband yang pantas, anda juga boleh bermain Open Challenge sebanyak 100. Itu mengurangkan kredit yang perlu dibeli kepada hanya 50 untuk satu season. Melatih pemain bukanlah untuk jangka masa yang pendek. Dari 17-26yo adalah 10 season. Oleh itu: Sets: 100 per season x 10 season = 1000 = 200 credit x 5 = 5 x 25 Euro = 125 Euro = RM600++ untuk 10 bulan Open Challenge: separuh daripada sets = RM300++ untuk 10 bulan Jika anda mampu mencari sponsor untuk freebies, alangkah bagusnya~ (korang kaw tim a kuat ngan pyra tu. dua2 asik menang je, takkan se-freebis 2 pun xde).
Kesan ML v2.0 Seterusnya, kita lihat kesan terhadap pembelian pemain melebihi jumlah 3. Dari pembelian player ke-4 dan seterusnya, setiap belian mempunyai risiko kejatuhan Team-stat, atau dalam melayu nya (Stat Pasukan? betulkan kalau silap wakakaka) sehingga -3. Dinyatakan sekali lagi, sehingga 3, bermakna bukan nya wajib -3 semua stat, tetapi maximum ialah 3. jadi mungkin -1 atau -2 atau juga 0. Bagaimanapun, semakin banyak yang dibeli, semakin tinggi risiko untuk mendapat -3. Mari kita lihat kesan maksimanya sekarang. Anggaplah kita membeli 11 pemain (cukup untuk kesebelasan utama kita). Untuk 3 pemain pertama, tidak ada penalti. Selebihnya, kita membeli 8 pemain. Anggapan bahawa setiap pembelian akan didenda -3, maka bagi [9stat x (-3) x 8pemain] = -216 team stat. Jikalau average stat anda sekarang 90, anda akan berakhir dengan 594 jumlah team stat, atau 66 secara puratanya keselurahan. Ini mungkin kelihatan amatlah besar jika anda seorang yang kurang bijak dalam melatih teamstat, tetapi bagi manager veteran, jumlah itu tidaklah begitu teruk. Bayangkan 1 season anda mampu melatih 50 teamstat, dalam 5 season sahaja anda akan mendapat balik 250 team stat (andaian bahawa semakin tinggi teamstat, semakin sukar untuk dilatih). ketika itu, pemain2 anda hanya berusia 24 tahun. Lagipun, kesan penurunan teamstat tidaklah begitu ketara. Bayangkan pasukan Q92 dengan teamstat hanya 600, melawan pasukan Q90 dengan teamstat 800. pasukan Q92 boleh menang 4-0 dengan mudah. Ini bukan bohong. Ini sudahpun dibuktikan. Malah saya saksikan dengan mata kepala sendiri. Kesimpulannya disini, kesan ini tidaklah sebesar yang disangka. Bagaimanapun, ini hanyalah theori untuk Liga Malaysia. Theori ini tidak boleh diaplikasi di Norway, kerana rata-rata pengurus di situ semuanya bijak melatih teamstat dan bermain tektik. Pastinya teamstat yang rendah bakal menjadi beban. Bagaimanapun, anda kini tengah membina semula, makanya keputusan liga amatlah tidak relevan. Bayangkan kanak2 tadika bermain di Liga Super, pfffft.
Membeli Pemain Setelah kita menilai kesan kejatuhan teamstat dan membuat keputusan kita mampu menanganinya, kita meneruskan kepada strategi membeli pemain. Pembelian pemain ini bergantung berat pada keupayaan kewangan anda. Bagi pasukan yang kurang mampu, cukuplah sekadar membeli 17yo Q71 yang 4 bintang ke atas dengan murah. Sebaiknya Q72, tetapi jika tidak mampu, terpaksa la memilih yang Q71 sahaja. Kalau mampu, yang Q75 ke atas lebih bagus. Lebih cepat perkembangan mereka. Membeli pemain juga bukan sekadar membeli begitu sahaja bergantung kepada Quality dan bintangnya. Mari kita lihat bagi setiap jenis pemain:- 1 - Penjaga Gol - Stat utama untuk GK adalah Kp, Pa, Sp, dan Pe. Dari pemerhatian, Kp, Sp, dan Pe mudah mencapai tahap yang tinggi. Oleh itu, apabila mencari pemain, sebaiknya dicari yang mempunyai St tinggi dan juga Pa tinggi. St penting untuk melatih GK dan juga membantu GK supaya tidak kolos diakhir-akhir perlawanan. Tk juga dikatakan (rumor only) penting untuk membantu GK menahan tendangan lawan kerana Spinner mengira gol seperti perebutan pemain antara GK dan Atk. Bagaimanapun itu hanyalah khabar angin, tidak dapat disahkan kesahihannya. Kesimpulannya, carilah yang St 80, Pa dan Tk setinggi mungkin jika boleh. 2 - Pertahanan - Stat utama untuk Def adalah Tk, Pa, Sp, dan St. Dari pemerhatian, Tk, Sp, dan St, bagi pemain pertahanan mudah mencapai tahap tinggi (90). Oleh yang demikian, secara puratanya mencari pemain yang mempunyai Pe dan He yang tinggi adalah suatu kelebihan. Bagaimanapun, perhatikan. Jika Sp-nya terlalu rendah (dibawah 65), ia mungkin akan melambatkan pertumbuhan beliau. Kesimpulannya, carilah yang St 80, Pe dan Sp yang tinggi, dan He yang balance. 3 - Pemain Tengah - Stat utama untuk Mid adalah Tk, Pa, Sh, dan Sp. Dari pemerhatian, Pa dan Sp mudah mencapai tahap tinggi. Oleh yang demikian, Tk dan Pa statnya perlulah dalam keadaan seimbang. Untuk semua pemain, St dan Pe adalah penting. St yang tinggi memudahkan melatih meraka, dan Pe yang tinggi membantu mereka untuk melihat dengan mata akal walau sekecil manapun peluang yang ada didepan mata. Kesimpulannya, carilah yang Pe dan St 80, dan Tk dan Sh yang seimbang. 4 - Penyerang - Stat utama untuk Atk adalah Sh, He, Sp dan Pe. Secara puratanya, Sh dan He mudah untuk mencapai tahap elite. Oleh itu, Sp dan Pe yang tinggi diawal kareer mereka amatlah penting. Bagaimanapun, St juga penting untuk melatih mereka. Bayangkan jika Atk anda cuma mempunyai 49 St. Anda cuma boleh mendapat balik 6 fitness selepas bermain friendlies. Semakin kurang friendlies yang dimain, semakin malaplah peluang mereka untuk mendapat attribute. Tk juga dikatakan membantu (refer point no 1 penjaga gol). Kesimpulannya, carilah yang St dan Tk tinggi, dan balance Sp dan Pe yang cukup. Point penting untuk membeli pemain - Pe dan St penting untuk semua pemain, oleh itu carilah yang setinggi mungkin. Jika boleh, Pe dan St kedua-duanya adalah 80. Pemain yang mempunyai balance attribute (yes balance, contohnya midfielder yang semua attributenya adalah diatas 80 (kecuali Kp)) dikatakan mempunyai flair yang tinggi dan consistent dalam persembahannya.
Jika anda ada soalan atau bantahan sila kemukakan di komen section. |
| Share on Facebook |
| This blogger owns the team ЯΛ刀ΛЦ Fㄈ. (TEAM:113777) |
